Eco Granduer adalah satu projek pembangunan baru di Puncak Alam yang berkeluasan 1,400 ekar. Keseluruhan projek Eco Granduer akan mempunyai sehingga 11,000 unit kediaman dan lebih kurang 200 ekar tanah diperuntukkan untuk pembangunan komersil. Jangka masa untuk pembangunan ini siap sepenuhnya adalah antara 10 hingga 15 tahun.
Lokasi :
Eco Granduer terletak lebih kurang 45km dari Kuala Lumpur, 40km dari Petaling Jaya dan 18km dari Sungai Buloh. Akses utama adalah melalui Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya LATAR dan juga lebuharaya yang bakal siap tidak lama lagi iaitu DASH.