Sebelum anda memasang niat untuk membeli rumah, anda perlu terlebih dahulu menyediakan budget yang secukupnya bagi membayar kos-kos yang berikut :
1. DEPOSIT 10% dari harga rumah.
2. LEGAL FEE (Kos guaman). Lebih kurang 2-3% dari harga rumah.
3. LEGAL FEE Loan. Lebih kurang 2-3% dari harga rumah.
4. VALUATION FEE. Kurang 1% dari nilai loan rumah.
Selain itu, terdapat juga kos-kos pengeluaran yang lain yang perlu anda ambil kira:
1. Setem SPA ataupun disebut S&P. RM10 setiap salinan, biasanya ada 4 salinan.
2. Bankruptcy search.
3. Pencarian syarikat. (jika perlu)
4. Carian tanah (jika perlu)
5. Pertukaran dokumen tukar hak milik di pejabat tanah.
6. Lain-lain kos yang berkemungkinan perlu mengikut situasi.
Anggaran budget untuk item-item di atas mungkin antara RM500 - RM1,000
Seterusnya, kos yang perlu anda ambil kira adalah kos membaik pulih atau renovation jika diperlukan.
No comments:
Post a Comment