PROSES JUAL BELI RUMAH
Sebelum membuat sebarang urusan jual beli rumah, anda haruslah memahami serba sedikit proses-proses yang terlibat dari peringkat awal hinggalah akhir supaya tidak berlakunya sebarang kesilapan dan sebagainya.
Antara perkara penting yang perlu diketahui sebelum sebarang urusan dijalankan adalah:
a. Status pegangan hartanah tersebut samada Freehold atau Leasehold.
b. Adakah sudah mempunyai geran individu / strata.
c. Adakah masih terdapat baki pinjaman dengan bank (bagi penjual)
d. Adakah buyer akan membeli secara cash atau melalui pinjaman bank.
e. Sebagai ringkasan, berikut adalah proses-proses yang perlu dilalui dalam urusan jual beli rumah:
Penjual melantik ejen hartanah yang berdaftar dengan mana-mana agensi hartanah dan mempunyai REN number dan sebagainya. Perlantikan ejen hartanah meliputi 2 jenis iaitu:
a. Perlantikan ejen hartanah ini boleh jadi secara eksklusif ataupun
b. Secara ad-hoc.
Perkara-perkara berikut pula perlu dipersetujui antara ejen dan penjual.
a.Harga jualan
b. Fee agensi
c. Mengisi form kebenaran bagi menjual hartanah tersebut
d. Tempoh lantikan (bagi ejen ekslusif)
Pada peringkat ini, ejen hartanah akan menerangkan kepada penjual proses-proses yang akan terlibat, kos-kosnya dan lantikan peguam. Skop kerja seorang ejen hartanah bermula dari masa lantikan sehinggalah SPA ditandatangani. Selepas SPA ditandatangani, tugas ejen telah tamat dan giliran tugas peguam pula bermula dan ejen hanya menolong dalam membuat follow up dengan peguam.
2. SERAHAN DOKUMEN KEPADA EJEN HARTANAH
Setelah melantik ejen hartanah, penjual perlu memberikan dokumen-dokumen berikut kepada ejen :

a. Salinan IC
b. Salinan geran
c. Salinan S&P
d. Salinan strata (jika ada)
e. Salinan CF/CCC
f. Salinan resit cukai tanah / cukai pintu
3. PENGIKLANAN
Pada peringkat ini, ejen hartanah akan memasarkan hartanah penjual samada secara online ataupun offline.

4. VIEWING
Setelah pengiklanan dibuat dan prospek buyer menghubungi ejen, ejen akan mengaturkan satu proses viewing iaitu membawa propek pergi melihat sendiri hartanah yang akan dijual tersebut.
Setelah pengiklanan dibuat dan prospek buyer menghubungi ejen, ejen akan mengaturkan satu proses viewing iaitu membawa propek pergi melihat sendiri hartanah yang akan dijual tersebut.
5. BAYARAN BOOKING
Selepas prospek buyer berminat untuk membeli hartanah tersebut, booking fee perlu dibayar kepada agensi. (biasanya 3.18% dari harga jualan) Bayaran booking ini akan masuk ke akaun agensi terlebih dahulu. Booking form akan menyatakan dengan jelas terma-terma pembayaran, termasuk juga loan tidak lepas, wang akan dikembalikan kepada pembeli. Kos-kos yang perlu ditanggung oleh pembeli dan penjual juga dinyatakan iaitu perkhidmatan guaman, perjanjian pinjaman, deposit, penilaian dan sebagainya.
6. PEMBELI MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN DENGAN BANK
Dokumen-dokumen yang biasanya diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan ialah:
a. Salinan IC
b. Slip gaji / pendapatan (3 bulan atau 6 bulan)
c. Laporan CCRIS
d. Salinan SPA Owner
e. Booking Form
f. KWSP
Kebiasaanyaa, tempoh diberikan untuk mendapatkan kelulusan bank ialah antara 14-21 hari dari tarikh pembayaran booking untuk selesaikan urusan pinjaman dan menandatangani SPA.
7. TANDATANGAN SPA
Bayaran baki 6.82% dibuat kepada penjual. Bayaran tersebut adalah melalui peguam. Bagi kes pembayaran deposit melalui akaun 2 EPF, ianya haruslah dikhabarkan dan mendapat persetujuan penjual terlebih dahulu sebelum booking dibayar.
8. BAYARAN KHIDMAT EJEN HARTANAH
Bayaran perundingan akan dibayar setelah SPA ditandatangani
9. TEMPOH 3 BULAN KEPADA PEMBELI UNTUK MEMBAYAR FULL AMOUNT
Pembeli membayar baki pinjaman bank penjual. (melalui pinjaman pembeli)
10. URUSAN PEGUAM DENGAN PEJABAT TANAH
Pemindahan nama di atas hakmilik tanah.
11. SERAHAN KUNCI
Penjual menyerahkan kunci (Vacant Possession) setelah pembeli melangsaikan semua bayaran.
Oleh yang demikian, semua urusan telah pun selesai.
No comments:
Post a Comment